BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 4, 2009

♥Nyanyian Rindu Buat Kekasih♥



Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku

Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...

♥QoomBang ♥ BoonGa♥

Monday, August 3, 2009

♥Selain Ucapan I Love U♥

   
♥Mengucapkan kata-kata pendukung♥
Bila anda mengucapkan kata-kata yang isinya memberikan dukungan, maka si dia akan lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu yang diinginkan olehnya. Pujian, kata-kata yang membesarkan hati, memberikan semangat, membicarakan hal-hal positif tentang pasangan adalah salah satu bentuk ungkapan atau bahasa cinta pada pasangan.

♥Kebersamaan♥
Kebersamaan bererti anda dan pasangan melakukan sesuatu bersama dengan perhatian yang terfokus, bahkan mencurahkan seluruh emosi pada kegiatan itu, misalnya; menemani pasangan menonton pertandingan bola sepak dan tidak segan-segan ikut melonjak dan menjerit keriangan ketika pasukan pilihan pasangan menjaringkan gol.

♥Memberi Hadiah♥
Hadiah adalah simbol visual cinta. Anda boleh memberikan hadiah di hari peringatan ulang tahun percintaan atau ketika pasangan naik pangkat. Kehadiran anda juga suatu bentuk hadiah berharga bagi pasangan.

♥Melayani dengan tulus♥
Meskipun pasangan tidak pernah menuntut untuk anda memasak satu hidangan istimewa kepadanya tapi anda boleh memberikan kejutan istimewa. Namun lakukanlah secara tulus tanpa merasa dituntut untuk melayani. Pasangan pasti akan merasakan ketulusan anda sebagai bukti cinta.

♥Kuasa Senyuman♥
Senyumlah pada pasangan selalu. Kuasa senyuman anda pasti membuatnya terlupa pada masalahnya sebentar di tempat kerja dan mengembalikan keceriaan pada dirinya

Saturday, August 1, 2009

♥Can't Smile Without You♥





Title: Barry Manilow - Can't Smile Without You lyrics

Artist: Barry Manilow Lyrics


You know I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything.
You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm go ing through,
I just Can't Smile Without You.
You came along just like a song
and brightened my day,
Who'd've believe that you were part of a dream
Now it all seems light years away.
And now you know I Can't Smile WIthout You,


I Can't Smile Without You,
I can't laugh and I can't sing,
I'm finding it hard to do anything.
You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If you only knew what I"m going through,


I just can't smile.
Now some people sa y happiness takes so very long to find.
Well I'm finding it hard leaving your love behind me.
And you see,
I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything.
Y ou see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm going through,
I just Can't Smile Without You


♥Cinta tidak bersebab♥

♥QoomBang♥

♥BoonGa♥

TIADA SEBAB UNTUK MENYINTAI... HANYA HATI MERASAKAN.. Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati....."

'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.... Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar.....tetapi...rupanya-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...'.